Wednesday, February 10, 2010

Sejenak bukan seketika

Selaut Karya
Dilema Hati Ini
Kehidupan mamang sukar sekali, sekiranya tidak mempunyai hati yg cekal dengan ketentuan ilahi pasti hati akan tercabar... manusia memang mudah merancang tetapi sukar untuk menunaikanya kerana takdir dan ketentuan di tangan yg maha Esa....Kita bagai pasir yg ditiup angin hilang begitu saja...di mana manusia sering lalai di alam maya...Apabila sifat kesal lahir di dalam hati..air mata jatuh ke dumi. Adakah dengan mengalirkan air mata seseorang itu akan merasa insaf?...Akhirnya yg maha Esa segalanya.. aku serahkan segalanya kepadamu ya..Allah.

Pencarian
Kehilangan adalah sebuah pencarian..di mana setiap kehilangan bukan bermakna kehilangan selama-lamanya...kita,kita yang harus mencari kehilangan itu...agar menemui jalan pulang..Kerana tanpa usaha yg cekal dan hati yg tulus keajaibpan tidak akan berlaku..Sebagai seorang insan yg dilahirkan di bumi ini.., kita harus sedar bahawa tiada siapa yg dilahirkan sempurna...kita yg harus mencari kesempurnaan itu....
Cinta
Aku...aku sukar untuk mempercayai cinta..di mana cinta yg akan membuatkan seseorang menangis, terseksa, kadang-kadang gembira bagai terasa dunia ini miliknya...Bukan bermakna aku sudah jatuh cinta atau dikecewakan oleh cinta...hakikatnya aku sukar untuk mempercayai cinta...Aku takut dikecewakan..seperti insan-insan yg pernah dikecewakan oleh perkataan 'CINTA'...Melafazkan kata cinta memang mudah..tetapi menerima cinta sukar bagiku..mungkin aku belum menemui cinta sejati...tapi bagiku cinta, sayang, kasih hanyalah untuk yg maha Esa...cinta adalah mainan perasaan manusia..semata..........Bila terasa hambar..cinta yg berputik di hati akan hilang...di mana semasa kita di awangan...menjadi berada di tanah lapang yg tidak berpenghuni...jiwa menjadi kosong,kosong,kosong.......itulah cinta.
Cinta Menyatukan Kita
Sepertimana setiap manusia memerlukan kasih sayang begitu juga haiwan serta mahluk di bumi ini...Tetapi cinta adalah mainan manusia di alam fantasi. Cinta yg sebenar hanyalah untuk yg maha Esa...dan cinta juga yg menyatukan kita dengan segalanya...Seperti kasih kepada keluarga, sayang kepada kekasih, cinta dan rindu kepada pencipta segalanya...Cinta juga lah yg menyedarkan kita dari dibuai oleh mimpi yg hanya menghanyutkan kita dari dunia yg hanya sementara......
Kesempurnaan
Hidup ini kadang-kadang sempurna,kadang-kadang tidak sempurna,kadang-kadang dapat dan tidak dapat menerima...kadang-kadang sedih dan kadang-kadang gembira...Hakikatnya kita, kita yg harus mencorakanya...dengan warna-warna kehidupan...supaya terang bagai di suluh mentari...nirmala...
Nasib
Kadang-kadang baik kadang-kadang kurang baik..itulah nasib manusia...pelbagai halangan yg perlu ditempuhi di dalam hidup ini. Tanpa iman yg teguh pasti perjalanan hidup ini sukar...Apa boleh di katakan setiap kehidupan ini sudah ditentuan olehnya....Ada yg redha menerimanya dan ada yg sukar untuk menerimanya...yg pastinya jangan ditanamkan rasa kesal atau rasa kecundang di dalam hati....Tanpa rasa itu pasti kehidupan ini ceria...dengan ketentuanya.....
Keinginan Kita
Setiap kita mempunyai cita-cita,mempunyai cerita, mempunyai rahsia...halangan demi halangan ditempuhi namun jatuhnya lama....bagunya seketika....Walaubagaiman pun gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home