Wednesday, January 27, 2010

NEW CRIMINAL TACTIC

Berhati-hati..

Ni cerita penuh, kejadian yg menimpa staff PPMSB semalam...



MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.
Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta. “Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.
Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632 sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.
“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.
Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!
Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cumasekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walaudi mana kita berada.Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukannama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchongmenuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makanmalam di rumah adiknya di Bandar Sunway.Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempardua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta MatHassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atascermin tu dengan sebati dan sekata lagi....Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluardari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassandengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorangserah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolverdia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam oranggila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagiisyaratnya.. .Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesantelur pecah jer tak sempat nak lap lagi.Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawakanak kecil kat belakang.
Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlakukepada anda, pastikan:
1. Jangan sesekali tarik spray wiper
2.. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesenminyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuanorang ramai.
Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakanPandulah dengan selamat, wallahu a'lam.
P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akanjadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku padakita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebihproaktif dan berkesan.



ALERT: NEW CRIMINAL TACTIC BY INDIAN GANG ( Very Urgent )

Please be careful.!!!!For your information. ( Very Urgent )If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a bloody hand knocking on yourwindow demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Sha h Alam, P.Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country).These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you.. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. Please forward this message to the people you care about.

1 Comments:

Blogger Insan Perindu.... said...

Artikel ni adlh dtg dr email sorg shbt...stkt ane bnde ni wallahua'lam..y pnting slalulh bjga2 n bwaspada..nk brani pon btempat jgk..moga kite snntiasa dlm lndungan rhmatNya..amin

January 28, 2010 at 3:21 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home