Wednesday, January 27, 2010

Selamat Mengundi Sahabat2 Mahasiswa & Mahasiswi UKM..



Kehangatan pilihanraya kampus akhirnya sampai ke kemuncaknya . Tepat jam 8 pagi tadi kelihatan ramai di kalangan para penghuni kolej mula berpusu-pusu ke dewan mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Ketika ini pastinya 1001 macam gelagat dan karenah ribuan mahasiswa yang boleh disaksikan. Perindu tidak melepaskan peluang meyaksikan drama live ni apatah lagi memandangkan keadaan bilik Perindu yang betul-betul menghadap kearah laluan pintu masuk orang ramai ke dewan tersebut, memudahkan lagi peluang untuk mengendap..huhuhu….Actually, balik jer dari kelas tutorial pagi tadi Perindu terus ke sana..selesaikan amanah dulu,lega lepas dapat pangkah…Semoga kejayaan di pihak yang benar..

Apabila mengimbau kembali detik-detik menjelangnya pilihanraya sesi-sesi lepas, tanpa disedari ianya menggamit rasa kerinduan yang amat sangat kepada sahabat sahabiah yang pernah bersama Perindu mengharungi pelbagai suka duka bersama, menangis bersama, menahan dahaga di pertengahan jalan bersama, membonceng motorsikal hingga ke lewat malam, berlari dan berkejaran ke sana ke mari..hmm,sungguh hati ini rindukan kalian (Bei, Fikah & K.Mashhei) dan saat2 itu….Semoga semangat jihad kalian di kampus suatu ketika dahulu masih lagi bersemarak apatah lagi kini kalian sudah berhadapan dengan jihad dunia sebenar y makin mencabar. Usahlah dibimbangkan akan sahabatmu ini, walau berdirinya aku tidaklah segagah pacakan tiang, diri keseorangan di medan namun, hati ini tetap sama seperti dulu sahabat, tidak pernah sesaat berubah, mudah-mudahan terus istiqamah..walau apapun, hanya tuhan y mengerti segala yang terbuku di hati..


Oklah taknak feeling lebih2, pesanan kepada sahabat2 mahasiswa tahun akhir cam Perindu ni, jadikan pengalaman lalu sebagai iktibar dan pahatkan sesuatu yang berharga dalam hidup kita. Yang pasti,undi anda adalah penentu segalanya. Sahabat2 yang belum lagi menunaikan tanggungjawab, bersegeralah selagi masa masih lagi tinggal beberapa jam sahaja lagi.. ingatlah, walau di mana sekalipun kita berada, TANGGUNGJAWAB MENGUNDI adalah sama sahaja, ianya merupakan suatu AMANAH yang perlu ditunaikan dengan sebaiknya. Setiap kertas undi yang dipangkah akan menjadi penentu kepada sebuah kemenangan yang anda idamkan. Turunlah beramai-ramai untuk pembuangan undi. SELAMAT MENGUNDI.



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home