Wednesday, January 27, 2010

~Salam Mahabbah~

Setelah sekian lama berhasrat untuk memiliki blog sendiri, akhirnya dengan izin Rabbi tercapai jua hasrat Perindu. Thanks a lot to my lovely friends, Cik Syaz coz sanggup habiskan masa privacy dia semata-mata nak layan karenah Perindu, beri tunjuk ajar pasal blog memblog ni, jasamu dikenang sentiasa dlm ingatan…hrp lpas ni berpeluang lg kacau Syaz,hehehe….Alhamdulillah..setiap sesuatu yang kita ingin lakukan, andainya lahir dari ketulusan dan keikhlasan hati, Inshaallah Nasrullah akan sentiasa mengiringi rentak perjalanan kita…..walau ujian itu pasti mendatangi kita, tapi itulah hakikat kehidupan…..sebagai hamba kepadaNya…biarlah diri diuji, agar kita tidak terleka dengan kehidupan sementara.

Emm, sebenarnya banyak yang nak Perindu lakarkan di dalam teratak “Bicara Hati” ini (biasela, excited sangat). Rentak perjalanan Perindu selama ini, selagi diizinkan tuhan selagi itu langkah Perindu takkan dihentikan. Perindu bukanlah nak bermadah pujangga di sini, apatah lagi untuk mencoretkan sebuah ilusi kisah cinta ke ape ke seperti yang dibaca kat mana2 novel. “Bicara Hati”, sahabat Perindu dalam meluahkan segala rahsia atau kata hati yang selama ini terbuku tiada siapa yang tahu melainkan Allah yang satu serta perkongsian idea berkaitan isu semasa….hati ini terpanggil untuk berkongsi secebis coretan walau mungkin bagi sesetengah orang ianya dianggap perkara biasa…. ku insan yang kerdil lagi lemah tak terdaya, namun itu bukanlah satu alasan bagi diri ini untuk terus mendongak ke bawah, berhenti dari menggarap impian dan melakar sebuah mimpi agar menjadi realiti…mudah2an, ku sentiasa diberikan kekuatan untuk melawan segala kemelut yang sering bertandang.

Kenapa Bicara Hati? actually ni sbnrnya idea dari Cik Syaz, dalam banyak2 yang terkeluar kat bibir, yang ni jadi pilihan dia,hehehe…pe2 pun, thanks again buat Cik manis Syaz dan mengapa pula “Perindu”? ssiapa pun boleh berbicara tentang rindu walhal anak kecil sekalipun.. persoalannya, rindu itu buat siapa? makwe? pakwe? sahabat? keluarga? atau buat tuhan yang Esa?emm, masing2 ada jawapan tersendiri kan?Begitu juga diri ini, hati sentiasa berbicara tentang rindu, rindu yang sentiasa setia, walau tiada sepatah kata yang mampu menggambarkannya….hakikatnya, rindu itu masih dan akan ada…..ia adalah hak semua orang, bukan menjadi 1 kesalahan tetapi biarlah berpada2…..

Andai Perindu terlanjur membuat sebarang kesilapan dalam penulisan ini, diharapkan ada insan yang sudi meringankan jemari mengur apa yang patut..Ape2 pun, Perindu harapkan moga kehadiran teratak ini sedikit sebanyak dapat memberikan sesuatu kepada Perindu sendiri dan mana2 insan yang sudi menjenguk di sini…..hari ini, esok dan selamanya Perindu tetap di sini memburu sinar yang makin malap, selama mana diizinkan tuhan…jari jemari tetapkan rancak menari…..sebelum berhenti, menemui noktah terakhir……andai timbul kekeliruan n persoalan di hati, itulah sebenarnya rahsia hati seorang “Perindu”….

Wallahua’lam…









0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home