Saturday, January 30, 2010

Sampai Bila??

Salam hujug minggu…


Rasa cam dah lama sangat Perindu tak mencoretkan sesuatu di teratak Bicara Rindu ni. Hmm, bukannya dah takde semangat nak menulis ataupun dah ketandusan idea, tapi kekangan masa dan waktu yang ada sekarang ni membataskan masa Perindu di kolej apatah lagi nak habiskan masa kat bilik jer..yeala, sekarang kami kat kampus UKM tengah hangat dengan isu Pilihanraya yang tiada kesudahannya. Bayangkanlah jentera-jentera penggerak mahasiswa sebagai golongan yang kerdil terpaksa bertungkus lumus berhadapan dengan pihak pentadbir universiti ibarat kuman dengan gajah yang seolah-olah berkelakuan berat sebelah dalam melaksanakan pilihanraya kali ini..tak salah jika Perindu katakan bahawa Pilihanraya kampus kali ini adalah yang paling teruk sekali dalam sejarah pemilihan perwakilan pelajar di bumi UKM. Jelas dan nyata hak-hak mahasiswa dicabuli tanpa berselindung lagi. Pelbagai provokasi melampau yang sengaja ditimbulkan oleh pihak aspirasi yang didalangi Pentadbiran sendiri bagi menjatuhkan suara keramat mahasiswa.


Pilihanraya kampus adalah hak kami sebagai mahasiswa, milik kami, kenapa perlu ada tangan-tangan kotor yang mencemari dan menyekat kebebasan kami?dimana telusnya demokrasi?dimana letaknya soal keadilan? Mereka perlu sedar betapa besarnya kuasa mahasiswa dalam menentukan masa depan corak pemerintahan kampus yang hakikatnya menjadi tunjang asas pemerintahan Negara suatu ketika nanti. Kami bukanlah anak-anak hingusan yang boleh dipermainkan dan diperlakukan sesuka hati. Kami mahasiswa yang mampu berfikiran matang, bersuara lantang yang berhujahkan kebenaran, mengkritik yang salah dan menyokong yang benar. Salahkah kami??Mereka juga perlu akui mahasiswa seluruhnya mengidamkan keadilan dan kebenaran yang hakiki. Keadilan dan kebenaran adalah hak asasi setiap individu. Dalam konteks ini, mahasiswa menegaskan bahawa perjuangan mahasiswa adalah keadilan, menyokong keadilan.



Kita sekadar menuntut ke arah reformasi yang mengubah tampuk pemerintahan yang bersih dari sebarang doktrin-doktrin ugutan, penipuan dan kezaliman, itu sahaja. Bukanlah bertujuan untuk menentang sesiapa, apatah lagi pihak pentadbiran Universiti yang diibaratkan seperti ayah dan ibu sendiri. Hmm, susahnya bila al-Quran dan assunnah tidak lagi dijadikan benteng utama dalam bingkai rujukan manusia. Sampai saat ini, Perindu masih memikirkan, bilakah ini semua akan berakhir, dan mahasiswa-mahasiswa akan mendapat maruahnya kembali. Didengar suara hati.


Wallahua’lam..



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home